Aug 21, 2025 - FASPermulaan yang baik bagi squad Selangor FC selepas mendapat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama saingan ACC Piala Shopee menentang juara musim pertama Piala Shopee musim lalu, Bruriram FC di Stadium Buriram semalam.
Perlawanan yang cukup sengit dipamerkan kedua-dua pasukan dari minit pertama wisel ditiupkan sehingga tamat aksi #BRUSFC semalam. Separuh masa pertama menyaksikan skuad Gergasi Merah bermula dengan garang, percubaan demi percubaan cuba dilakukan, minit ke-38 Sharul Nazeem membuat hantaran jauh, diterima Quentin Cheng, kemudian dihantarkan kepada Nooa Laine sebelum lorongan beliau membantu memecahkan jumlah jaringan gol aksi #BRUSFC apabila Chrigor Moraes meledak masuk gol dari sebelah kiri padang. Pasukan berjaya bertahan dengan keputusan 1-0 sehingga masa tambahan yang diberikan sebanyak 10 minit. Pada minit ke 90+6, Peter Zulj menanduk masuk bola daripada ‘set piece’ menjadikan keputusan seri 1-1, menindakkan kemenangan Selangor FC ke atas juara Piala Shopee musim lalu.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, beliau bangga dengan aksi yg dipamerkan oleh para pemain dan mahukan yang lebih baik.
“Saya yakin para pemain telah bekerja keras untuk perlawanan ini dengan penuh kebersamaan, terutama pada separuh masa pertama, dan oleh itu kita berjaya mendapatkan keputusan seri menentang pasukan besar seperti Buriram United FC. Kita perlu bangga dengan diri sendiri dan perlu teruskan perjuangan untuk perlawanan seterusnya dengan penuh keyakinan,” jelas beliau
Ditanyakan pesanan kepada para penyokong, “Untuk para penyokong, terima kasih banyak atas sokongan anda berikan sehingga ke bumi Thailand. Kami memerlukan sokongan anda dalam setiap kejohanan termasuk semua kejohanan Liga Malaysia, ACL Two dan Piala Shopee. Saya pasti pasukan amat bersyukur memperoleh sokongan daripada anda semua,”
Seterusnya, Selangor FC akan bertemu Negeri Sembilan FC pada 24 Ogos di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi jam 9 malam bagi perlawanan ketiga saingan Liga Super 2025/26.
Pihak pengurusan Selangor FC bangga dengan para pemain atas persembahan yang sengit diberikan kepada pasukan lawan. Ayuh berikan yang terbaik untuk perlawanan #NSESFC pada hari Ahad ini.
Demi Kebanggaan!